Untuk memahami kenapa wang tidak boleh mengembang selamanya dalam dunia yang sumbernya terhad, kita mesti faham apa itu 'kekayaan' dulu. Kita boleh bahagikan kekayaan kepada tiga lapisan seperti lapisan piramid; dibawah sekali ialah tahap utama, diikuti oleh tahap sekunder, dan akhir sekali kekayaan tertiari.
Pada zaman dahulu, pemilik tanah golongan bangsawan menjadi kaya sebab mereka memiliki banyak tanah yang subur dan produktif. Sebelum revolusi perindustrian yang berlaku tidak lama dahulu, perkaitan ini tidak berapa difahami oleh orang ramai tetapi ia membentuk asas masyarakat hierarki kita. Masyarat masa itu terdiri dari orang kaya yang memiliki tanah, dan orang lain yang tidak mempunyai tanah.
Penjelasannya adalah mudah; tanah ialah sumber utama kekayaan. Tanah subur, bahan-bahan galian, arang batu dibawah permukaan, minyak, pengaliran air, dan sumber ikan adalah contoh sumber utama kekayaan ini. Pada hari ini, kita memanggil kesemua ini sebagai sumber alam semula jadi tetapi pada zaman dahulu pemilikan kesemua ini merupakan perbezaan diantara kehidupan yang senang dan kesusahan.
Kekayaan sekunder datang dari bahan mentah yang dibuat atau diubah dari sumber kekayaan utama. Galian bijih besi diubah kepada besi, industri perikanan membawa kepada makanan laut, hasil tanah menjadi makanan yang disimpan dalam stor, dan pokok menjadi kayu untuk kegunaan.
Lapisan terakhir iaitu kekayaan tertiari, adalah kesemua abstraksi wang kertas yang menjadi lapisan diatas kedua dua sumber kekayaan yang sebelumnya. Derivatif, saham, bon (sekuriti), dan lain lain terbitan wang kertas yang anda dapat fikirkan ialah contoh kekayaan tertiari ini. Kekayaan tertiari merupakan tuntutan keatas kedua sumber kekayaan yang sebelumnya. Itu sahaja. Kekayaan tertiari adalah tuntutan keatas sumber utama kekayaan, bukan sumber kekayaan yang tersendiri. Perbezaan ini amatlah penting sekali.
Tanpa kekayaan utama, tidak akan ada kekayaan sekunder; tanpa kekayaan sekunder maka tiada kekayaan tertiari. Mereka membentuk rangkaian kekayaan yang bermula dengan kekayaan bumi dan berakhir dengan abstraksi wang kertas yang rumit dan hebat yang minda minda Wall Street pun tak faham sepenuhnya. Sebenarnya, tanpa sumber kekayaan yang sebelumnya, kekayaan tertiari ini tiada nilai langsung. Kesemua ini adalah amat penting untuk dihayati sebab kebanyakkan orang, hanya kekayaan tertiari inilah yang mereka fahami. Ia seolah olah rasa amat jelas dan nyata sekali kepada kita. Kita menaruh harapan masa depan kita berdasarkan berapa banyak kekayaan ini yang kita pegang.
Bagaimana pula dengan wang, macam mana pula ia difaktor kedalam cerita ini? Wang adalah, dan sepatutnya ialah sejenis tempat simpanan untuk kekayaan tetapi bukan kekayaan dengan tersendirinya. Sama seperti saham, bon dan derivatif, wang ialah tuntutan keatas sesuatu. Itu sahaja. Suatu tuntutan. Ia bukanlah kekayaan dengan tersendirinya.
Wang mempunyai nilai sebab, dan hanya sebab, ia boleh ditukar untuk sesuatu barang yang, jika kita ikuti sepanjang rangkaian kekayaan tadi sampai ke penghujungnya, semestinya merupakan kekayaan utama atau sekunder. Selagi wang wujud dalam keseimbangan dengan sumber sebenar kekayaan ia akan mengekalkan nilai tanggapannya. Di masa bila terdapat terlalu banyak wang kertas atau kekurangan sumber semula jadi, hubungan ini biasanya akan berubah secara mendadak, dalam proses yang kita panggil inflasi atau pun deflasi bergantung kepada keadaan.
Selagi wang, saham, bon, derivatif dan lain lain tuntutan kekayaan tertiari berada sekurang kurangnya dalam keseimbangan dengan kekayaan sebenar, semua akan berada dalam keadaan baik. Tetapi sejarah dunia membuktikan keseimbangan ini akan terjejas, seperti yang berlaku sekarang, dan ciri ciri tertentu pada masa tersebut ialah apa yang biasanya dipanggil 'kemusnahan kekayaan'.
Namun sesiapa yang memberi perhatian, kekayaan tidaklah dimusnahkan, ia hanya dipindah daripada orang yang lalai kepada orang yang bijak. Orang lalai mengeluh akan kenaikan harga barangan keperluan, tetapi ianya bukanlah perkara "barangan" menjadi lebih mahal dari segi wang, tetapi ia adalah kes terlampau banyak wang mengejar jumlah barangan yang sama menyebabkan harga barangan menjadi tinggi.
Itulah sebabnya mempunyai kefahaman yang jelas tentang bagaimana wang dicipta, dan berapa banyak wang yang dicipta - amatlah penting.
Sumber : http://www.peakprosperity.com/crashcourse/accelerated
Penciptaan Wang - Bank
(Terjemahan dari bahagian/transkrip yang relevan sahaja)
"Proses dimana wang dicipta adalah begitu mudah sehingga minda kita mendapati ia teramat sukar untuk diterima." ~ John Kenneth Galbraith.
Mula mula sekali, mari kita lihat bagaimana wang diwujudkan oleh bank.
Dengan mengenepikan dulu dari mana datangnya wang, andaikan seseorang berjalan masuk ke satu pekan dengan $1,000, dan bernasib baik menjumpa sebuah bank yang baru dibuka dan tidak mempunyai sebarang deposit didalamnya. $1,000 itu dimasukkan ke dalam bank, dan sekarang orang itu ada aset $1,000 (akaun dia) dan bank mempunyai liabiliti $1,000 (akaun bank yang sama).
Di bawah 'peraturan persekutuan', bank boleh meminjam sebahagian, satu pecahan, dari wang yang berada didalam simpanan mereka kepada orang ramai. Secara teori, bank dibenarkan memberi pinjaman sebanyak 90% dari wang penyimpan, walaupun hakikatnya pembahagian sebenar lebih mendekati kepada 100% daripada 90%. Walaubagaimana pun, disebabkan bank mengekalkan sebahagian dari deposit mereka dalam akaun rizab, istilah proses ini dipanggil "perbankan rizab pecahan" (terjemahan kasar 'fractional reserve banking').
Mari kita kembali ke contoh kita. Bank sekarang ada $1,000 dalam simpanan mereka, dan bank tidak akan dapat keuntungan dengan berpegang kepada wang tersebut - mereka dapat rezeki dengan meminjam wang pada satu kadar dan memberi pinjaman pada kadar yang lebih tinggi.
Kerana bank boleh memberi pinjaman sehingga 90%, bank dalam contoh kita berjaya mendapat seorang yang mahu meminjam $900.
Peminjam ini membelanja wang itu dengan memberikannya kepada orang lain, mungkin akauntan dia, yang kemudian memasukkan wang tersebut kedalam bank. Ia boleh jadi bank yang sama, ataupun bank berlainan, tapi ia tidak akan mengubah jalan cerita ini.
Dengan deposit baru ini, sekarang bank ada $900 baru untuk 'misi' seterusnya, dan mereka pun mula sibuk mencari seorang yang mahu meminjam 90% dari amaun tadi, iaitu $810.
Oleh itu, satu lagi pinjaman dapat diberi, kali ini untuk $810, yang kemudiannya dibelanja dan di 'deposit balik' ke dalam bank, bermakna satu deposit $810 yang sedia ada ini boleh diguna untuk pinjaman yang baru. Jadi bank boleh lagi memberi pinjaman 90% dari $810, atau $729, dan seterusnya sehingga kita mendapati seluruh $1,000 yang asal telah tumbuh menjadi $10,000.
Adakah semua ini wang sebenar? Sudah tentu, terutamanya jika wang ini berada di dalam akaun bank anda. Tetapi jika anda benar benar memberi perhatian, anda akan menyedari tiga perkara di sini. Pertama, kita ada $1,000 yang disimpan di dalam rizab bank, sejumlah $10,000 di pelbagai akaun bank, dan $9,000 'hutang baru'. Wang $1,000 yang asal kesemuanya sekarang dipegang oleh bank dalam rizab, tapi setiap unit wang baru, sejumlah $9,000 adalah diwujudkan dengan pinjaman dan ianya "disandar" (atau disokong) oleh jumlah hutang yang sama (iaitu $9,000). Apakah fikiran anda? Adakah rasa sukar untuk diterima?
Anda mungkin lihat jika semua orang yang menyimpan wang dalam bank, $10,000 kesemuanya, cuba mengeluarkan wang mereka sekali gus, bank tidak akan dapat membayar mereka sebab, sesungguhnya, bank tidak mempunyai amaun wang ini. Bank hanya ada $1,000 yang disimpan di dalam rizab mereka. Itu saja. Anda mungkin juga dapat lihat mekanisme penciptaan wang baru dari deposit baru berfungsi dengan baik... selagi tiada peminjam gagal membayar balik pinjaman mereka. Jikalau dan apabila itu berlaku, keadaan akan menjadi rumit. Tapi itu adalah satu cerita untuk lain masa.
Untuk masa ini, anda hanya perlu faham bahawa wang adalah diwujudkan dengan pinjaman pada masa yang sama. Sebaliknya, apabila pinjaman dibayar balik sepenuhnya, wang akan "lesap".
Inilah caranya wang diwujudkan, dan anda hanya perlu mengesahkan ini dengan sendiri (jika berani). Salah satu tempat ialah laman web Fed sendiri yang telah menerbitkan satu siri komik dimana contoh yang dipaparkan disini diambil. Anda juga boleh mendapat pautan dari laman web dibawah tajuk 'Essential Articles'.
Anda mungkin perasan sesuatu yang penting disini telah ditinggalkan, iaitu faedah. Dari mana datangnya wang untuk membayar faedah pinjaman untuk semua pinjaman bank ini? Jika semua pinjaman dibayar tanpa membayar faedahnya sekali, kita boleh membatalkan keseluruhan rangkaian transaksi, tetapi bila kita mengambil kira faedah, tiba tiba kita tiada wang untuk membayar balik kesemua pinjaman bank ini.
Jelas sekali terdapat satu lubang besar dalam cerita ini, oleh itu kita mesti cari dari mana datangnya lubang ini. Dengan sedemikian, kita dapat menyelesaikan misteri dari mana asalnya $1,000 tadi.
Jadi apakah tujuan semua ini? Mengapa kita menghabiskan masa beberapa minit mengkaji mekanisme penciptaan wang? Kerana untuk menghargai implikasi tahap hutang yang teramat besar di dunia sekarang ini, anda mesti memahami bagaimana hutang ini wujud pada mulanya. Itu adalah salah satu sebabnya. Sebab yang lebih penting adalah berkait dengan kesemua 'exponential graphs' yang kita telah kita lihat di Seksyen 3 sebelumnya. Tapi kita belum habis lagi.
Sumber: http://www.peakprosperity.com/crashcourse/chapter-7-money-creation
Penciptaan Wang - Bank Pusat (Fed)
Sekarang kita akan mengetahui dari mana datangnya wang. Prosesnya adalah seperti berikut. [proses yang dihuraikan adalah berasaskan sistem kewangan di Amerika Syarikat tetapi ia boleh digunakan di mana mana negara yang mengamalkan sistem bank pusat / bank negara (central bank system)].
Katakan Kongres (Congress, atau dewan rakyat dalam sistem perundangan Parlimen) memerlukan lebih banyak wang yang ia sedia ada. Ya, satu jangkauan agak melampau! Mungkin ia telah membuat sesuatu perkara yang bodoh seperti memotong cukai dan memulakan dua peperangan pada masa yang sama.
Kongres sebenarnya tidak ada wang jadi permintaan untuk perbelanjaan tambahan disalur kepada Perbendaharaan (Treasury). [nota: kongres (atau kerajaan) memang tiada wang melainkan wang yang diperolehi dari rakyat atau badan korporat (eg. pelbagai jenis cukai dan duti, pinjaman, etc)]
Anda mungkin akan terkejut atau kecewa ataupun kedua duanya pun tidak bila mengetahui bahawa Perbendaharaan adalah daif dan jarang sekali mempunyai wang tunai lebih daripada dua minggu.
Untuk mendapatkan wang, Jabatan Perbendaharaan akan mencetak satu timbunan bon (sekuriti) kerajaan AS yang merupakan cara utama kerajaan AS meminjam wang.
Bon (atau Sekuriti) sentiasa mempunyai 'nilai muka' iaitu nilai yang sekuriti tersebut akan dijual dan juga kadar faedah yang sekuriti tersebut akan bayar kepada pemegang sekuriti.
Jika anda membeli sekuriti dengan nilai muka $100 dengan kadar faedah 5%, anda akan membayar $100 untuk sekuriti ini dan selepas satu tahun anda akan mendapat balik sebanyak $105.
Sekuriti kerajaan dijual pada lelongan dan adalah selamat untuk mengatakan kebanyakkan sekuriti tersebut dibeli oleh bank-bank besar dari negara-negara seperti Cina dan Jepun.
Dalam lelongan ini, bank-bank tersebut membeli sekuriti kerajaan AS, dan wang dari jualan sekuriti ini akan dihantar ke 'peti simpanan' Perbendaharaan dimana wang tersebut digunakan untuk pembiayaan pelbagai program kerajaan.
Saya janji akan tunjuk anda bagaimana wang mula dicipta dan setakat ini ia belum berlaku, betul tak? Sekuriti yang kita bincang tadi dibeli dengan wang yang telah sedia ada.
Jadi, dari mana datangnya wang?
Wang diwujudkan oleh mekanisme seterusnya dimana Federal Reserve (bank pusat ataupun bank negara AS) beli sekuriti kerajaan AS daripada bank bank lain.
Jika anda tertanya-tanya apakah itu program "Quantitative Easing" (QE), bahagian seterusnya akan menerangkannya.
Bila 'Fed' (Federal Reserve) beli sekuriti daripada bank atau institusi kewangan lain, mereka hanya memindah wang yang secukupnya untuk menampung kos sekuriti kepada bank dan kemudian mengambil milik sekuriti tersebut.
Ia semudah itu saja. Sekuriti ditukar untuk mendapatkan wang. Fed mempunyai wang, bank pula memiliki sekuriti.
Tapi, dimanakah Fed dapat wang untuk beli sekuriti?
Saya gembira anda tanya. Wang itu betul-betul keluar dari udara (yang kita nafas, dan bukan dari pokok) bila Fed mewujudkan wang apabila ia 'membeli' hutang ini. (ambil nota: maksudnya, wang dicetak oleh bank negara AS, bukan kerajaan AS - ada perbezaan besar. kerajaan AS hanya 'mencetak' sekuriti kerajaan).
Pengwujudan wang baru oleh Fed adalah sentiasa digunakan untuk penukaran dengan instrumen hutang, samada sekuriti kerajaan, mortgage backed security (MBS), ataupun hutang korporat meskipun ini jarang berlaku.
Tak percaya? Berikut ialah petikan kata dari terbitan Federal Reserve bertajuk "Putting it Simply".
"Bila anda atau saya tulis cek maka mesti ada dana yang mencukupi didalam akaun untuk membayar cek tersebut, tapi bila Fed tulis cek ia tiada deposit dalam bank dimana cek tersebut disuruh bayar. Bila Fed tulis cek, ia sebenarnya mewujudkan wang".
Wow. Itu adalah suatu kuasa luar biasa. Manakala anda atau saya perlu bekerja untuk mendapatkan wang, dan melabur wang tersebut di pasaran untuk tujuan pertumbuhan, Fed hanya mencetak seberapa yang ia mahu, pada bila bila masa, dan kemudian meminjam kepada kita menerusi kerajaan, bersama faedah sekali.
Berdasarkan fakta bahawa lebih daripada 3,800 mata wang kertas (dan beberapa jenis wang logam) telah menjadi tidak bernilai akibat salah urus, bukankah lebih baik untuk kita memastikan Fed bertindak dengan penuh tanggung jawab dengan mata wang kita?
Bagaimana pula jika mereka bertindak keterlaluan dan mencetak terlalu banyak wang? Oleh kerana mereka mempunyai kuasa istimewa sebegini kita mestilah memberi tumpuan penuh kepada apa yang mereka sedang lakukan.
Sekarang kita sudah tahu ada dua jenis wang di dunia kita.
Yang pertama ialah kredit bank, iaitu wang yang diwujudkan bersama dengan pinjaman seperti yang kita lihat sebelumnya. Kredit bank ialah sejenis wang yang datang bersama, dan berkait rapat, dengan hutang yang jumlahnya sama dan berada dalam keseimbangan dengan kuantiti wang tersebut. Hutang yang mana faedahnya mesti dibayar.
Jenis yang kedua ialah wang yang dicetak dari 'udara nipis' (bukan tumbuh dari pokok), dan ia adalah seperti yang kita lihat disini.
Proses dimana wang dicipta adalah begitu mudah sehingga minda kita mendapati ia teramat sukar untuk diterima, oleh itu janganlah bimbang jika anda perlu mengkaji topik ini beberapa kali. (prosesnya mudah tetapi aplikasinya dalam dunia sebenar adalah kompleks dan rumit)
Walau bagaimanapun, jika anda memahami semua ini, 'tahniah'! Berikan diri anda satu tepukan, kerana ia bukanlah mudah.
Pembelajaran kewangan ini membolehkan kita merumuskan dua lagi konsep utama tentang wang.
Pertama, semua wang adalah disandar/disokong oleh hutang. Di peringkat bank tempatan, semua wang baru diwujudkan bersama dengan hutang. Di peringkat bank pusat (Fed), wang dihasilkan dengan mudahnya dari 'udara nipis' (bukan dipetik dari pokok) dan ditukar dengan sekuriti kerajaan yang membayar faedah. Dalam kedua dua kes, wang adalah disandar oleh hutang. Hutang yang dibayar dengan faedah. Dari konsep utama ini, kita boleh merumuskan satu kenyataan yang mendalam iaitu, sekurang kurangnya, setiap tahun wang yang secukupnya mestilah diwujudkan dengan pinjaman supaya kita dapat membuat bayaran faedah diatas hutang-hutang yang terdahulu.
Jika kita tumpukan pemikiran kita sedikit, bolehlah dikatakan bahawa setiap tahun semua hutang terkumpul mesti sekurang kurangnya dikompaun dengan kadar faedah hutang tersebut. Setiap tahun ia mesti tumbuh dengan satu kadar peratusan. Disebabkan 'sistem kewangan berasaskan hutang' ini akan berkembang secara berterusan dengan kadar peratusan yang tertentu, ia adalah satu sistem eksponen dalam rekabentuknya. Akibatnya, jumlah hutang dalam sistem ini akan sentiasa melebihi jumlah wang.
Kita tidak mahu jadi prejudis dengan mengatakan sistem ini baik ataupun buruk. Ia hanya apa yang ia sebenarnya. Dengan memahami cara sistem ini berfungsi melalui rekabentuknya, maka, anda akan lebih bersedia untuk memahami bahawa lingkungan keupayaan ekonomi kita, yang kesudahannya sudah pun berada di hadapan mata kita, bukanlah tanpa batasan, tetapi adalah dihadkan oleh peraturan sistem ini.
Kesemuanya membawa kita ke konsep utama keempat, iaitu pertumbuhan berterusan adalah suatu keperluan perbankan moden. Malah kita boleh membuat satu lagi peraturan: setiap tahun, kredit baru (pinjaman) mestilah diwujudkan yang jumlahnya sekurang-kurangnya sama dengan jumlah kesemua faedah tertunggak pada tahun tersebut. Tanpa perkembangan bekalan wang yang berterusan, hutang yang lepas tidak akan dapat diservis, dan kegagalan membayar hutang akan berlaku, yang mungkin memusnahkan seluruh sistem ini. Kegagalan membayar hutang ialah 'tumit Archilles' kepada sistem kewangan berasaskan hutang ini, yang kita sudah lihat di bab perbankan tempatan sebelumnya. Disebabkan ini, kesemua institusi dan kuasa politik dalam dunia kita bekerja keras untuk mengelakkan kesudahan ini.
Jadi sistem perbankan mesti sentiasa terus berkembang - bukan kerana ia semestinya perkara yang betul (atau salah) untuk dilakukan, tetapi hanya kerana ia direka sebegini. Ia adalah ciri sistem ini, seperti penggunaan petrol ialah ciri enjin kereta. Kita mungkin berharap kereta akan berjalan menggunakan penyedut air, tapi itu hanya membazirkan masa saja, sebab kereta bukan direka sebegini.
Dengan memahami perlunya perkembangan berterusan, kita akan berada di kedudukan yang lebih baik untuk membuat pertimbangan tentang apa yang mungkin terjadi dan mengambil tindakan yang bermakna untuk meningkatkan prospek kita.
Dar sudut persoalan falsafah, kita mungkin tertanya-tanya tentang kebernasan jangka panjang suatu sistem yang mesti berkembang dengan pesat tetapi sistem ini pula wujud diatas planet kita yang berbentuk sfera ini. Satu lagi soalan yang penting, "dapatkah sistem kewangan kita sekarang diubah suai menjadi satu sistem yang stabil, adil, dan berguna apabila ia berhenti mengembang?"
Soalannya begini: Apakah akan terjadi bila sistem kewangan ciptaan manusia ini yang semestinya mengembang, oleh kerana rekabentuknya, jatuh menjunam apabila ia bertemu dengan had fizikal planet yang berbentuk sfera ini?
Satu lagi kepercayaan saya (komen: ia adalah jelas dilihat jika anda benar benar membuka mata anda) ialah saya akan menyaksikan 'perlanggaran' ini di hayat saya, dan sebenarnya ia mungkin telah bermula.
Ya, ianya satu usul yang amat besar untuk dipertimbangkan, dan sesetengah orang akan kata ia satu prospek yang tidak menarik sama sekali tetapi adalah agak menakutkan. Jika anda mahu masa depan yang sama seperti masa yang lampau, maka premis ini memang menakutkan. Tapi jika anda fleksibel dalam pandangan anda tentang masa depan, maka anda berpeluang untuk membuat apa yang anda inginkan tidak kira apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Sumber: http://www.peakprosperity.com/crashcourse/chapter-8-fed-money-creation
1 comment:
Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut
Post a Comment